Perginya Achik, Faizal Yusup Beri Impak Pada Siti Nordiana
Tidak pernah menduga segalanya berlaku dengan terlalu cepat, dalam sekelip mata penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana telah kehilangan dua orang yang disayanginya secara bertimpa-timpa ; Achik Spin – rakan duet & Mohd Faizal Yusup ; bekas suami.
Bercakap mengenai pemergian bekas suaminya, Nana menyifatkan ia sedikit sebanyak telah memberi impak yang mendalam terhadap dirinya kerana Faizal telah menunjukkan tanda-tanda awal yang dia akan perggi untuk selamanya tetapi dia sedikit pun tidak pernah mempedulikannya.
"Saya masih bersyukur kerana tuhan telah mengurniakan kami anak walaupun kami akhirnya berpisah. Setidak tidaknya Rayyan boleh menjadi peneman dan pengganti Faizal dalam hidup saya kini. Bila saya lihat Rayyan saya teringatkan Faizal kerana rupanya dan segala gerak-geri Rayyan amat serupa dengan Faizal," kata Nana.
Sama2 kita doakan moga roh mereka dicucuri rahmat...Ameen
No comments:
Post a Comment